PENGENALAN
Seni arca merupakan hasil seni yang bersifattiga dimensi yang boleh diamati dalam ruang reality atau ruang sebenar. Arca wujud diantara pemerhati dengan ruang realti. Ianya diamati dalam ruang 360 darjah. Arca terbahagi kepada dua jenis iaitu arca berfungsi dan arca estetika. Terdapat beberapa kategori arca yang wujud iaitu arca binaan, luakan, asemblaj, instalasi, mobil, stabil, lembut, timbulan serta arca acuan.
Seni arca mula mendapat tempat secara menyeluruh di Malaysia pada tahun 60-an. Kesedaran masyarakat tentang nilai estetika seni arca yang mungkin agak subjektif, telah mula ketara masa kini dengan terpaparnya sejumlah besar hasil seni tiga dimensi di kawasan-kawasan umum di negara ini. Hal ini secara tidak langsung telah menyedarkan masyarakat tentang fungsi arca, yang bukan sekadar memenuhi ruang fizikal, malah yang lebih menariknya adalah memberi pengisian terhadap tahap pemikiran serta minda masyarakat Malaysia yang majmuk supaya lebih kreatif dalam mengaitkan manusia dengan alam.
Pengiktirafan dan pemikiran masyarakat luar negara terhadap kemampuan beberapa pengarca di Malaysia,secara tidak langsung menunjukkan kemampuan pengarca menembusi naluri penghayat di peringkat antarabangsa. Hal ini jelas ketara, bukan sahaja melalui beberapa karya seni arca negara yang telah dipamerkan dengan jayanya di luar negara, malah mampu memenangi pertandingan pengarcaan di peringkat yang lebih global. Beberapa bangunan pencakar langit di ibu negara seperti bangunan berkembar Petronas, jelas menunjukkan gabungan mantap dan bijak manusia dalam aspek mengaitkan komposisi aspek rupa, bentuk dan ruang. Ini adalah bukti nyata, bahawa kesedaran nilai arca telah mula meresap ke disiplin lain seperti senibina dan kejuruteraan. Ini amat membanggakan dan inisiatif sebegini seharusnya di galakkan dan di teruskan.
Kini, konsep artistic dalam produk contohnya di Barat telah diterima dengan mudah oleh pengguna yang mugkin telah jemu dengan jenisan produk yang terlampau ‘process and production oriented’. Atas desakan masyarakat yang hauskan produk berbentuk sebegini, pihak industrialist telah sanggup mengalah dan cuba menurut arus citarasa pengguna walaupun melibatkan kos yang tinggi dalam proses pengeluaran produk. Ini adalah bukti nyata, bahawa iklim perindustrian juga telah menyedari hakikat iaitu nilai estetika dan aspek kemanusiaan penting dalam pemasaran sesuatu barangan.
Senario aktiviti seni arca di Malaysia masa kini, mungkin tidak akan terhasil tanpa inisiatif pengarca awalan seperti Syed Ahmad Jamal, Latiff Mohidin, Redza Piyadasa, Anthony Lau, Yeoh Jin Leng, Lee Kian Seng dan yang lainnya. Nama-nama besar ini telah mewarnai aktivitiseni arca negara sekitar tahun 60-an melalui pengalaman mereka di luar negara. Disinilah mula bertapaknya aktiviti pengarcaan moden di Malaysia yang terus berkembang hingga ke hari ini. Penglibatan mereka sekaligus memberi sumbangan besar terhadap dunia seni arca di negara ini.
Dengan pengisian, kegigihan serta motivasi tinggi pengarca yang ulung tadi berkarya, pada tahun 1976, Balai Seni Lukis Negara telah berjaya mengadakan satu pameran pertama yang mampu di banggakan. Hasil-hasil karya yang diperagakan serta pengisiannya dan insentif positif mereka, sememangnya telah menjadi bahan rujukan dan sandaran untuk para pengarca generasi masa kini supaya lebih bermotivasi dalam berkarya. Tahap kualiti hasil pameran pada ketika itu seharusnya dipertahan dan dipertingkatkan oleh para seniman pengarca masa kini. Mengambil sempena pameran tersebut, T.K Sabapathy telah menghasilkan satu penulisan yang agak menarik menggunakan tajuk “Tinjauan Seni Arca di Malaysia” yang telah menjadi satu-satunya bahan rujukan penting para pengarca Malaysia berkarya hingga ke hari ini.
Pameran Seni Arca Kontemporari Malaysia ini, adalah merupakan pameran seni arca yang kedua diadakan di Balai Seni lukis Negara. Mengimbas kembali jangka masa yang begitu lama hingga kini,masyarakat pencinta seni arca yang mungkin hauskan pendedahan sebegini,harus dapat menilai gelombang perubahan samaada dalam aspek makna mahupun kaedah pengubahan dan senagainya dalam kesejagatan karya. Tinjauan awal hasil karya yang diperagakan memberi satu cetusan gambaran baru tentang aspek aktiviti pengarcaan yang agak eksperimental. Penggunaan bahan-bahan baru serta pengeksploitasiannya dalam pengarcaan serta teknik pengubahan banyak menonjolkan aspek mirip kepada konsep instalasi.
Teknologi semasa, khususnya dalam aspek seni reka secara tidak langsung telah mula menyerap dalam proses pengarcaan. Ini nampaknya terbukti, bila mana pengkarya telah mula memahami bagaimana mengolah dan mengendalikan bahantara secara wajar. Mereka juga telah menunjukkan fahaman tentang conton proses instalasi yang perlu bersepadu dengan aspek disiplin pemasangan cara ‘ergonomics’ bagi memudahkan keselesaan bekerja melalui proses ‘knock-down’ agar tidak membebankan fizikal, pengangkutan dan segala proses sebelum, semasa dan selepas sesuatu pameran. Dialog dengan para pengarca juga menghasilkan satu cetusan paradigma baru yang agak menarik. Contohnya, adakalanya arus pemikiran pengkarya agak disesatkan oleh proses, sehingga aspirasi idea awalannya menjadi kaku dan pengisiannya kabur dan abstrak atas dasar kongkongan proses yang berlarutan. Ini mungkin dapat dilihat melalui karya arca yang terlalu ‘process based’.
Seni arca pada masa kini. Bukan sekadar menggabung elemen dan prinsip seniuntuk tujuan nilai estetika 3 dimensi semata-mata, malah lebih daripada itu. Setakat mana masyarakat mampu mengenalpasti sumbangan rupa, bentuk, ruang, jalinan, eksploitasi bahan dan sebagainya perlu dianalisa sebelum ianya cuba dikembangkan dengan hasil pengarcaan yang menitikberatkan aspek makna,falsafah serta pengisian yang mungkin membebankan dan kadang kala mengelirukan. Samaada kita perlu menghasilkan seni arca yang agak elementary agar lebih mudah difahami ramai adalah sesuatu yang perlu difikirkan bersama. Ada juga dalam kalangan pengkarya beanggapan bahawa, memudahkan tahap penghayatan sesuatu karya daripada aspek pengisian makna dan penghayatan visual asalnya, akan secara tidak langsung merendahkan martabat keindahan serta makna seni itu sendiri.
OBJEKTIF KAJIAN
Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pengkarya mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter’ serta gaya dan stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.
Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian
unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan
kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain
berdasarkan persepsi visual. Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja
sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan
kefahaman penghargaan terhadap bidang seniPendekatan apresiasi dan kritikan seni:Mengikut John A. Michael dalam bukunya “art and adolescence” ada dua pendekatan dalam apresiasi seni iaitu pendekatan secara logic dan pendekatan secara psiklogi. Melalui kajian seperti ini,pelajar terdedah dan berpeluang melihat karya-karya seni melalui kaedah yang betul seperti hedonistik iaitu luahan spontan perasaan seperti tertarik dan benci, konstektualistik di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasa yang berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafahdan prinsip rekaan, organistik iaitu aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan
terancang dimana penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menentuh
intuisi dan menyenangkan sekaligus memberi penekanan kriteria kepada aspek tata letak, tataatur, ruangdan penataan cahaya., normistik merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya yang seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan dirikepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsur senses seperti lukisan agama Kristianyang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak dan kaedah elektik iaitu cara bersepadu dan holistik, ianya adalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. kriteria penilai menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan.

No comments:
Post a Comment